Wednesday, July 24, 2013

TAPI...ANAK KITA CUCU DIA JUGA...

By: Ibu Rose (Family Guru)

Kali ini mesej ibu pada ibu dan bapa yang menghadapi cabaran dengan ibu bapa sendiri atau mertua mengenai pendidikan anak anda. Satu perkataan yang ibu nak bawa ke tengah ni. Perkataan ni mudah jer, tapi nak buat nya perlu iman dan kasih-sayang yang tebal. Perkataannya

S A B A R

Ibu bapa dan mertua sering campur tangan dalam kebanyakan hal kerana mereka juga sayang sangat dengan cucu. Rasa tak harap tu masih tebal dan ada yang kurang bijak mengendalikan. Oleh itu kita yang sedar ni, perlu sabar dan tunjukkan akhlak yang mulia. Nanti ibu bagi tips macamana nak buat.

Malam ni sebelum tidur, bacakan Al-Fatihah dan minta sampaikan kepada mereka supaya hati mereka tenang, penuh keyakinan dengan anda dan boleh bertolok ansur.

Kadang-kadang sebagai nenek, ibu kena menahan diri daripada terlalu banyak masuk campur dengan cara anak-anak ibu membesarkan anak-anak mereka. Ibu akan puji yang baik dan yang kurang setuju, ibu akan bertanya apa rasional mereka. Kadang-kadang banyak juga yang ibu belajar daripada anak-anak ibu.

Ibu suka menantu perempuan ibu, selalu bertanya itu dan ini mengenai apa yang baik untuk anaknya. Setiap kali ibu beri pandangan, tak putus ucapan terima kasih daripada mulutnye. Sebagai ibu mertua, ibu rasa dihormati dan dianggap penting olehnya.

Menantu lelaki tidaklah selalu bertanya, kerana perbualan ibu lebih dengan isteri mereka, anak-anak ibu.

Bila seorang anak bertanya dengan baik apa tah lagi jika menantu tentang petua itu dan ini, bagi ibu yang sudah bermenantukan tiga orang ni, rasa sangat dihormati dan dikasihi.

Semoga Allah mentautkan hati-hati kita dengan kasih-sayang yang hakiki. Semoga kita dapat menerima baik pandangan satu sama lain dan memberi ruang untuk membina satu sama lain.





 (Gambar Hiasan)

Source: Family Guru

No comments:

Post a Comment