Kisah ini diceritakan oleh suami saya. Pada waktu itu, saya sedang
bermesyuarat. Suami saya mengambil alih tugas menjaga anak kami, Miea (2
tahun). Dia juga ada perbincangan tetapi oleh kerana ianya tidak
formal, dia bawa Miea bersama. Perbincangannya di rumah salah seorang
sahabat karibnya.
Tiba di rumah sahabatnya, Miea ditemukan dengan 3 orang anak-anak sahabatnya. Yang kakak dan abang sudah bersekolah rendah, manakala si adik tua setahun dari Miea.
Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda tentu akan nampak ada ketika anak itu bila dia nampak sesuatu yang dia suka, dia akan kata benda itu kepunyaanya. Miea berada di tahap itu sekarang. Bukan dia mahu kita belikan...'Miea punya,' bermaksud, dia suka benda itu.
Ketiga-tiga anak sahabat kami ini sangat bersopan. Pandai menjaga antara satu sama lain. Jadi, bila Miea sampai, terus diajak bermain bersama.
Bila Miea nampak satu permainan, dia terus sambar dan katakan kepada semua, 'Miea punya.' Si Kakak terus berkata, 'OK, Miea ambil yang itu, kakak ambil yang lain,' dan terus ke biliknya untuk mengambil permainan lain.
Bila Si Kakak tiba dengan permainan lain, Miea ambil permainan itu juga dan berkata, 'Miea punya.' Sekali lagi Si Kakak berkata, 'OK, Miea ambil yang itu, kakak ambil yang lain,' dan terus ke biliknya untuk mengambil permainan lain.
Terloponglah anak gadis saya ini. Eh, tak ada yang nak berebut? Biasanya dia kena 'mark territory' dulu baru tak kena buli.
Si Kakak keluar dengan sebuah buku warna bersama-sama dengan 12 batang pensel warna. Dengan ceria, Si Kakak terus mengajak semua adik-adik (termasuk Miea) untuk sama-sama mewarna. Buku kan ada penjuru...kebetulan mereka sekarang berempat. Lalu Si Kakak pun tetapkan penjuru semua orang dan adik-adik semuanya mengikut. Berkongsilah mereka mewarna 1 mukasurat dan 12 batang pensel.
Bila Miea ingin menggunakan warna merah dia akan minta dengan baik (sebab tak perlu garang dah :D), 'Miea nak red boleh?' dan sesiapa yang ada sedang memegang warna merah, akan berikan tanpa marah-marah. Bila pula sesiapa minta warna yang dipegang Miea, dia ditanya begini, 'Miea, Irwin nak biru boleh?' Dengan segera Miea beri warna itu, 'Biru? Blue...boleehh.'
Bila ibu mereka balik, dia membawa pulang kek pisang. Melurulah semuanya (termasuk Miea). Yang comelnya, semuanya berkongsi sepotong kek bersama-sama. Inilah kuasa berkongsi bila dah diterapkan ke dalam anak-kanak. Sampai air pun berkongsi...caranya, Kakak dulu, kemudian Abang, kemudian, Adik dan akhirnya Miea.
Dari pengamatan suami saya, kesemua kanak-kanak ini sangat aktif tetapi mereka tidak bergaduh, atau berebut.
Bila tiba masa untuk menonton TV, Si Kakak mengeluarkan 4 cerita DVD untuk dipilih. Miea & Si Adik (Irwin) pilih DVD berlainan. Bagi mengelakkan bergaduh, dengan penuh diplomatik, Si Abang bertanya, 'Nak tonton yang mana dulu?' Miea seronok sungguh kerana dia dapat menonton kedua-duanya sekali. Semua ini dilakukan tanpa berebut! Kesemua kanak-kanak ini bermain dengan aktif, gembira, sopan dan tidak berebut antara satu-sama lain.
Suami saya bercerita dengan penuh semangat malam itu bila saya pulang. 'Anak kita tak pernah sesopan itu, Sayang,' katanya. 'Miea tak dimarah atau ditolak tepi. Tetapi dia disambut sebagai ahli baru yang juga mempunyai pendapat. Walaupun dia yang paling kecil.'
Benarlah tanggapan saya selama hari ini:
1. Mengajar anak bersopan, menghormati orang perlu dilakukan oleh ibubapa.
2. Bila nilai-nilai yang ingin kita terapkan dalam anak-anak sudah sebati, mereka akan menuju ke sekolah, tadika dan sebagainya dengan membawa perangai ini tidak akan terpengaruh dengan orang lain. Yang paling penting ialah waktu kita terapkan perangai ini, dia perlu dikelilingi dengan orang yang berperangai baik. Saya telah mengenali keluarga ini sebelum Si Kakak masuk sekolah rendah lagi.
3. Sekiranya kita melihat anak kita bagai ingin tersasar, kita sebagai ibubapanya bertanggungjawab untuk membetulkan dengan lembut tapi tegas.
4. Bila kita kelilingi anak kita dengan orang yang berperangai baik, dia akan menjadi baik. Begitu juga sebaliknya. Jika kita tidak dapat berjumpa dengan orang yang berperangai elok? Jika waktu itu dia masih kecil, jauhkan dari orang itu. Cari jalan sehingga jumpa. Tak pun, biar saja dia dengan kita. Jangan merungut jika anak kita berperangai buruk kalau kita tidak pernah melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan ini.
5. Makin anak kita besar, makin kuatlah sepatutnya kita memerhatikan mereka supaya mereka tidak tersasar. Tetapi, perhatikan dari jauh. Kalau semuanya kita nak masuk campur, tak membesar pula anak itu.
6. Di meja makan malamlah waktu paling sesuai untuk mengetahui cerita anak-anak kita semasa kita jauh dari mereka. Jadi, cari jalan untuk makan malam bersama...setidak-tidaknya setiap hujung minggu
Terima kasih, Hiza Kahar & Indera Saifullah kerana anak-anak anda adalah contoh yang baik untuk Miea saya
(Gambar Hiasan)
Kids Sharing

No comments:
Post a Comment