By: Ibu Rose (Family Guru)
Maaf ya, rasanya perkara ini perlu dibawa ketengah buat peringatan kita yang mungkin terlupa...
Wahai ibu bapa, nenek kepada cucu, berilah ruang untuk ibu dan bapa kepada cucu anda mendidik dan menjaga cucu anda.
Memanglah kita ni makan garam dulu dan lebih berpengalaman, namun, kita dulu macam mereka juga, kurang tahu terutamannya bila beranak sulung. Bingung juga : )
Jika mereka nampak tidak bijak, ajarlah dengan baik. Beri penjelasan dengan baik. Janganlah dikutuk siibu atau si bapa muda itu. Janganlah dipaksa suruh jangan bagi susu badanlah, itu dan ini. Kita beri mereka maklumat mana yang baik dan mana yang buruk, biarkanlah mereka membuat pilihan. Jika salah sangat merbahaya barulah ambil langkah. Contohnya, sebab tak tahu, ibu bapa muda bawa anak berjalan di luar masa maghrib. Maka elok ditegur dan beri penjelasan bukan buat seperti mereka itu terlampau dungu. Macamanalah mereka nak menghormati kita yang dah tua ni.
Apa-apa pun janganlah meminta anak mereka untuk kita jaga dan terpisah dari mereka kecualilah jika mereka meminta kita melakukannya. Jangan rampas masa keemasan mereka. Masa kita tuhan dah beri. Berilah mereka nikmat menjaga anak-anak mereka.
Ketahuilah, bila kita meminta kepada anak kita, dia akan jadi serba salah. Apatah lagi menantu.
Jika kita sayangkan cucu kita, biarkan dia membina pertalian rapat dengan ibu bapa nya. Biar dia mesra dengan ibu bapanya. Jauhi racuni pemikiran cucu kita terhadap ibu atau bapanya. Tidak ada siapa yang untung bila ini berlaku.
Kita orang tua ni mestilah menunjukkan contoh yang baik, menjadi tempat mereka merujuk kerana mereka dapat menilai kebijaksanaan kita dan kesabaran kita serta ketinggian akhlak kita.
Itulah peranan kita yang telah bergelar datuk dan nenek ni
: )
Pesanan nenek kepada 3 cucu yang comel-comel.
(Gambar Hiasan)
Source:Cucu Bukan Anak Kita...

No comments:
Post a Comment