Wednesday, July 24, 2013

INGAT KEBAIKAN IBUBAPA KITA

 On 21st March 2013:

By: Ibu Rose (Family Guru)

Salam semua,

Dalam kita membesarkan anak-anak kita, ingatlah kebaikan ibu bapa kita membesarkan kita. Buat baik kepada mereka. Jangan sekali-kali memburuk-burukkan atau mengumpat ibu bapa kita.

Tidak mengapa tidak setuju dengan cara atau pandangan mereka, terutama semasa membesarkan kita. Namun, jangan mengeji mereka. Terutama, jika kita telah dibesarkan dengan baik, penuh kasih sayang, tidak pernah merempat dan segala kebaijikan kita dijaga.

Dengan kita berakhlak mulia terhadap ibu bapa kita, anak- anak kita juga akan mudah mendengar cakap dan berakhlak mulia terhadap kita.

Semoga Allah, menggolongkan kita ke dalam golongan anak dan ibu @ bapa yang berhati mulia.

Love- Ibu Rose


Source: Family Guru

No comments:

Post a Comment