Wednesday, July 24, 2013

BILA MAMA RASA TAK LAYAK JADI MAMA

On 24 July 2013:

BILA MAMA RASA TAK LAYAK JADI MAMA

Hari ni, Mama & Daddy Miea sangat sibuk. Daddy tak tidur dari semalam sebab siapkan tender. Mama tolong Daddy apa yang patutlah...Pagi-pagi lagi angkat Miea untuk siapkan kerja. Kesian Miea....subuh spi'e lagi dah kena mandikan. Makan pun dalam kereta je sebab Mama n Daddy tak sempat nak prepare makanan elok-elok untuk Miea makan. Main pun sempat dekat parking lot je.

Hari-hari macam ni, Mama fikir, kan lagi elok kalau Miea dilahirkan pada Mama n Daddy yang lain? Mama n Daddy Miea bukannya orang senang sangat. Kadang-kadang tak sempat spend masa dengan Miea. Kadang-kadang tak sempat pun tengok Miea bangun dah kena pergi kerja...bila balik, Miea dah tidur. Kalau Miea lahir dalam keluarga yang lagi elok, mesti Miea lagi pandai dari sekarang.

Kadang-kadang Mama fikir, Mama tak layak jadi Mama Miea sebab Miea budak yang sangat baik...sangat pandai....sangat comel...sangat faham Mama n Daddy Miea sibuk...Kenapa Miea pilih Mama jadi Mama Miea?

Kadang-kadang Mama garang dengan Miea...lepas tu Mama rasa bersalah sangat...Miea kan kecik lagi? Tapi Miea baik...Mama garang macam mana pun, bila Mama cakap 'Sorry', Miea akan peluk Mama balik...

N then, Mama teringat satu cerita. Miea pilih Mama n Daddy sebab ada something yang ada dalam Mama n Daddy yang Miea perlukan supaya Miea boleh besar untuk fulfillkan mission Miea dekat dunia ni. N Miea datang dalam hidup Mama n Daddy sebab Miea perlu fulfillkan mission Mama n Daddy jugak kat dunia ni supaya kita dapat masuk syurga sama-sama. Pada Miea, masa sebelum Allah tiupkan roh Miea dalam jasad, Mama n Daddy is the best for Miea.

N sejak Mama n Daddy dapat tahu Mama n Daddy akan dapat Miea, we only want to be the best parents you could have. Mama n Daddy jadi better Muslims because of Miea. Nak kerja kuat-kuat so that Miea dapat the best yang Mama n Daddy boleh bagi untuk Miea. Baca buku, cari tempat nak belajar...cari tempat untuk Miea belajar.

Supaya Mama, Daddy n Miea akan masuk syurga sama-sama nanti...



 
 (Gambar Hiasan)

I SOWWYY....I DON'T KNOW WHAT I DO

On 24 July 2013:

2 nights ago, Daddy and Mama puts Miea to bed. Usually, when we're at home, when we put her to bed, there's a bedtime story, sing bedtime song and doa. Then, we'll get out of the room so that she can sleep (she'll ask us to get out so she can sleep). Within 10 minutes, she'll be in dreamland. Since 2 months ago, the whole family's been living at Miea's grandparent's house because of Daddy's accident. So, we've only been back home less than 7 days.

For the last 3 days that we're back, she fell asleep in the car before reaching the house. But that night, something unusual happened. We tucked her in and went out but when we went to check on her, to our surprise, we found her crying...

Daddy: Miea...why are you crying?
Miea: I sowwy...Daddy...I sowwy...I don't know what I do...I sowwy
Mama: Miea...do you feel that Mama and Daddy didn't love you?
Miea: (nodded) I sowwy...I don't know what I do...
Mama & Daddy: Miea...you didn't do anything wrong...we love you...you want us to sleep here with you?
Miea: (nodded and smiled immediately) Mama and Daddy...Miea baring tengah (Miea sleeps in the middle)

It turns out, now that we're back in our own house, that routine has been totally forgotten and she sees it as a punishment, instead of something that she usually does.

Oh my little Miea...Now Mama waits until you're fully asleep before going anywhere....

Now Mama's thinking...what other routine have you forgotten and to start anew?

RINDUNYA RUMAH...

On 17 July 2013:

BILA MIEA BALIK RUMAH

Semalam, selepas hampir 4 bulan Miea dan Mama tinggal di rumah mertua Mama, kami pun pulang dengan Daddy Miea. Sampai rumah lewat malam, jadi rumah yang dah berhabuk (sebab dah tak berpenghuni lebih 2 bulan akibat Daddy Miea yang kemalangan) buat pejam mata je dulu, terus masuk bilik (bilik je sempat kemas).

Miea ni memang lah sangat aktif budaknya tapi semalam aktifnya lain macam. Semua barang dalam bilik dia nak pegang. Katil jangan cakap lah...terus nak lompat je. Mama and Daddy Miea bagi dia lompat sambil kami buat list apa nak kemas dulu mulai hari ini. After half and hour, kami pun ajak Miea tidur, padam lampu n baring...tapi tak nak tidur-tidur juga princess sorang ni walaupun dah lewat. Puas Mama n Daddy baca doa tidur, ajak baca surah-surah pendek, nyanyikan sleepy song, bedtime story, urut badan...tak berhasil.

Last-last, Mama tanya, 'Cuba cerita kat Mama...Miea nak apa?' Terus Miea tunjuk arah pintu sambil buat muka kesian...

Mama: Miea nak main toys Miea ke?
Miea: Miea nak toys...lama dah Miea tak masak (referring to mainan favourite dia, set masak-masak)

So, Mama pun bawa lah Miea pergi toy room dia. Masuk je bilik, terus dia main dengan gembiranya. Kejap masak, kejap main kemas-kemas, kejap peluk plush toys, kejap ambik buku yang dah lama tak baca n baca. About 10 minutes after that, dia ajak tidur. N dia tidur dengan aman sampai pagi.

Rupa-rupanya, dia rindukan rumah dia. Dia rindukan space dia. Ye lah, bila kita di tempat orang, walaupun orang yang sayang kan kita, takkan kita lepas laku macam dekat rumah sendiri, ye tak? Sedangkan kita pun, bila dah lama tak balik rumah, ada rasa rindu...inikan pula budak kecil.

Jadi, Mama belajar, next time kalau pergi mana-mana lama-lama, bila balik, kena bagi time untuk biar anak Mama lepas rindu pada rumah dia, barulah senang nak manage lepas tu.

JERAWAT!!!

On 17 July 2013:

Tadi Miea ikut Mama pergi SSM untuk tolong Atuk. Miea nampak sorang Kakak...

Miea: Duba (referring to auntie dia)
Daddy: Bukanlah...tu Kakak
Miea: (jalan ke Mama) Mama...tu nama dia Kakak...bukan Duba.
Mama: Betul...tu Kakak...Miea cakap hi kat Kakak
Miea: Hi Kakak (kakak smile)

After a few seconds pause, Miea pointed to muka Kakak

Miea: Jerawat

Kakak tu terus ketawa malu...

Mana Mama nak sorok muka ni,  Miea? Huhuhu...malunya...

OH...AL-QUR'AN....ALLAH PUNYA EH?

Mama and Miea Maghrib jamaah today. After Maghrib, Miea picked up the Quran.

Miea: Mama...nak baca buku ni...
Maya: Ni Al-Quran, Sayang
Miea: Oh...Al-Qu'an...Allah punya yeh?

We read the Fatihah together...after that, Miea the Monkey wanted to play

Oh Miea...how fast you grow up



EAT...EAT...EAT!

Yesterday, Miea went to Nammy's house and Iftar w Kakak Az-Zahraa at around 1p.m. It was her longest fasting yet.

After Iftar at 1p.m., she ate....and then ate....and then ate some more...and then followed Mama and Daddy to Iftar at Tok Ayah Su's house and ate....and then went back to Nammy's house and ate some more....and then finally we went back to Omah & Atuk's house where she ate and ate and ate again.

My Miea...really likes to eat :D

TEKAN 'E'

Miea saw Mama trying to finish her editing work on a laptop.

Miea: Mama...tekan 'E'
Mama: (not really paying attention) Huh...oooohhh...apa?
Miea: Tekan 'E'
Mama: Tekan apa?
Miea: (walking towards Mama) 'E' la, Mama. Yang ini...(and pressed the 'E' button)

Fuyoo....! Credit goes to WordWorld for teaching Miea about letters!
:D

IT'S OK MAMA...I LOVE YOU

Last night, as I was going through a page I managed, I came across some not so nice comments about my posting (on my wall yesterday but was copied by an excited grandmother) about training Miea to 'puasa.' I replied as gently as I can. But I was feeling a bit sad even as I lie down next to Miea to sleep.

This morning, I woke up because I felt tiny hands cupping my face. Miea looked at me, worriedly.

Miea: It's OK, Mama
Mama: What is it, sweetheart? (totally forgot that Mama went to sleep, sad)
Miea: It's OK, Mama. I love you (and went back to sleep)

Oh my little rock...you can always cheer me up even when I didn't say anything. Mama and Miea...connected in spirit :)

MIEA PUASA UMUR 2 TAHUN?! TAKLAH....LATIHAN PUASA...

Miea ni seorang yang sangat kenal apa yang dia mahu n dia sangat petah untuk memberitahu apa yang dia mahukan. Buat masa ini, saya tinggal bersama mertua sebab berdekatan dengan tempat kerja (tempat saya bekerja cuti pada bulan puasa sebab kami menjual makanan jadi untuk permulaan puasa ni, kami sama-sama berpuasa sebelum balik rumah weekend nanti).

Ibu bapa mertua saya sentiasa amalkan puasa sunat Isnin dan Khamis. Setiap petang, kami sekeluarga akan makan petang bersama kecuali pada hari-hari tersebut. Kebiasaannya, bila petang, dia akan jemput Omah n Atuknya makan bersama...'Jemput makan Omah...Jemput makan Atuk.'

Jadi, bila jawapannya ialah, 'Miea makan, Atuk/Omah puasa' dia jadi hairan dan dia perhati apa yang Atuk n Omahnya buat bila berpuasa. Bila nak masuk bulan puasa, ramailah lagi yang puasa sunat/puasa ganti...tambah lagi cerita Upin/Ipin yang diiklankan mengenai puasa. Jadi, dia excited

Pada hari Isnin lepas, dia datang kepada saya n cakap, 'Mama...Miea nak puasa macam Atuk.' Kami suami isteri mula-mulanya tak nak bagi. Dah la badan keding, makan pula mesti setiap sejam, boleh ke dia puasa ni? Faham ke dia apa maksud puasa? Ye la, baru 2 tahun lebih kan?

Saya peluk dia dan cerita yang orang puasa tak boleh makan, kalau nak makan kena tunggu malam. Miea kecil lagi, tak payah la puasa. Nanti dah besar sikit boleh puasa.

Berair mata dia sebab saya tak beri dia puasa. Last-last dia cakap balik, 'Miea nak puasa macam Atuk.' 2 tahun lebih dah cakap macam tu...jadi, saya pun OK kan lah...

Bukan paksa pun...setakat mana yang dia nak puasa. Dia yang nak rasa seronok berpuasa. Bila dia puasa atau sembahyang dengan saya (saya tak bersembahyang di masjid), dia rasa yang dia dah besar.

N dia suka bila dapat buat (walau sedikit) perkara-perkara yang orang dewasa buat...seperti, tolong potong sayur (saya guna chopper yang main tekan-tekan n langsung x nampak blade, ye), tolong angkat kain bawa masuk rumah, tolong saya sidai kain dsb. Pada sudut pandangannya, puasa masuk dalam kategori perbuatan orang dewasa yang dia boleh ikut. N setiap kali bila dia buat aktiviti orang dewasa, dia akan minta saya cakap berkali-kali, 'Miea smart girl' termasuklah bila dia berpuasa.

Untuk pengetahuan, sejak dia bangun tidur semalam, saya dah ajak dia bersarapan. Dengan selamba dia jawab...'Miea puasa. Macam Atuk.' Berkali-kali saya ajak (ye lah...siapa sangka dia serius?)...jawapannya tetap sama. Last2...jam 11.30 a.m. baru minta nak makan.

Ibu mana tak happy? Bila anak sendiri yang decide n stick to decision untuk puasa. Tak payah pening kepala nak ajar bila dia besar...pening kepala sekarang je sebab takut dia hilang nutrisi. N macam mana nak plankan puasa dia supaya benda ni kekal n dia akan suka puasa sampai besar....

Saya tahu anak saya kecil. Belum perlu puasa atau sembahyang. Dia masih Mumayyiz. Belum ada dosa pun lagi. Tetapi, pada masa ini, dia ibarat sponge. Semua benda di persekitarannya dia akan absorb.

Sebab itu, saya latih dia untuk SUKAkan aktiviti ini. Saya latih dia untuk suka dengar bacaan quran, untuk suka aktiviti puasa n sembahyang sebab saya tak mahu anak saya membesar dengan fahaman, 'saya terPAKSA melakukan ibadah.'

Saya biarkan dia buat decision sendiri dengan cara saya buatnya terlebih dahulu. Dia mahu sembahyang? Saya beli telekung kanak-kanak n jahitkan supaya muat kepalanya...tetapi saya tak paksa dia sembahyang...saya cuma kata, 'Mama nak sembahyang kejap, ye?' Secara automatik dia akan bangun n kata, 'Miea nak *bayang jugak' n kami akan sama-sama ambil air sembahyang n bentang tikar. Bacaannya belum terus tapi dia dengar bacaan saya (kadang-kadang sembahyang sambil nak berdukung lepas tu dia rapatkan telinganya ke mulut saya supaya dia dengar bacaan saya). Benda yang perlu ada, saya letakkan di tempat yang dia senang capai supaya jika dia NAK melakukan aktiviti ini, dia boleh lakukan dengan SENANG

Pada saya, ini aktiviti yang saya lakukan untuk merapatkan hubungan kami. Pada masa yang sama, saya mengajarnya tentang konsep ibadah tanpa didikan formal. Ia menjadi sebahagian daripada 'play time' nya. N ianya rutin. Yang saya mahu terapkan, bukannya paksa dia berpuasa tetapi 'seronoknya bila berpuasa.'






(Gambar Hiasan)

Fasting Kids

RAJINNYA MAMA...

Today, Miea saw Mama washing dishes. Suddenly, she hugged Mama's knees.

Miea: Lajinnya Mama (Mama is so hardworking)

Oh Miea...with this encouragement, Mama will now clean the whole house

CICAK

Dah tengah malam...tetiba Miea bisik:

Miea: Mama...ada cicak dekat dapur
Mama: Ha'ah...ada cicak
Miea: Mama...nak buat apa cicak?
Mama: Miea...biar je la cicak tu dekat dapur...tak kacau kita pun kan?
Miea: Oh ye (terus baring n pejam mata)

Mama bagi jawapan apa nak buat dengan cicak baru dia tenang rupanya 



DADDY AJAR PUASA...

On 9 July 2013:

Daddy Miea ajar Miea pasal puasa....

Daddy: Nanti puasa, kita boleh makan awal, Miea...pukul 5 pagi dah boleh makan
Miea: Nak! Nak!

Pandai betul Daddy Miea pancing budak suka makan ni untuk puasa...tahun ni kita puasa sampai lunch, eh? Lama-lama nanti boleh puasa penuh pulak 


KISAH MENGAJAR ANAK-ANAK BERKONGSI

Kisah ini diceritakan oleh suami saya. Pada waktu itu, saya sedang bermesyuarat. Suami saya mengambil alih tugas menjaga anak kami, Miea (2 tahun). Dia juga ada perbincangan tetapi oleh kerana ianya tidak formal, dia bawa Miea bersama. Perbincangannya di rumah salah seorang sahabat karibnya.

Tiba di rumah sahabatnya, Miea ditemukan dengan 3 orang anak-anak sahabatnya. Yang kakak dan abang sudah bersekolah rendah, manakala si adik tua setahun dari Miea.

Jika anda mempunyai anak-anak kecil, anda tentu akan nampak ada ketika anak itu bila dia nampak sesuatu yang dia suka, dia akan kata benda itu kepunyaanya. Miea berada di tahap itu sekarang. Bukan dia mahu kita belikan...'Miea punya,' bermaksud, dia suka benda itu.

Ketiga-tiga anak sahabat kami ini sangat bersopan. Pandai menjaga antara satu sama lain. Jadi, bila Miea sampai, terus diajak bermain bersama.

Bila Miea nampak satu permainan, dia terus sambar dan katakan kepada semua, 'Miea punya.' Si Kakak terus berkata, 'OK, Miea ambil yang itu, kakak ambil yang lain,' dan terus ke biliknya untuk mengambil permainan lain.

Bila Si Kakak tiba dengan permainan lain, Miea ambil permainan itu juga dan berkata, 'Miea punya.' Sekali lagi Si Kakak berkata, 'OK, Miea ambil yang itu, kakak ambil yang lain,' dan terus ke biliknya untuk mengambil permainan lain.

Terloponglah anak gadis saya ini. Eh, tak ada yang nak berebut? Biasanya dia kena 'mark territory' dulu baru tak kena buli.

Si Kakak keluar dengan sebuah buku warna bersama-sama dengan 12 batang pensel warna. Dengan ceria, Si Kakak terus mengajak semua adik-adik (termasuk Miea) untuk sama-sama mewarna. Buku kan ada penjuru...kebetulan mereka sekarang berempat. Lalu Si Kakak pun tetapkan penjuru semua orang dan adik-adik semuanya mengikut. Berkongsilah mereka mewarna 1 mukasurat dan 12 batang pensel.

Bila Miea ingin menggunakan warna merah dia akan minta dengan baik (sebab tak perlu garang dah :D), 'Miea nak red boleh?' dan sesiapa yang ada sedang memegang warna merah, akan berikan tanpa marah-marah. Bila pula sesiapa minta warna yang dipegang Miea, dia ditanya begini, 'Miea, Irwin nak biru boleh?' Dengan segera Miea beri warna itu, 'Biru? Blue...boleehh.'

Bila ibu mereka balik, dia membawa pulang kek pisang. Melurulah semuanya (termasuk Miea). Yang comelnya, semuanya berkongsi sepotong kek bersama-sama. Inilah kuasa berkongsi bila dah diterapkan ke dalam anak-kanak. Sampai air pun berkongsi...caranya, Kakak dulu, kemudian Abang, kemudian, Adik dan akhirnya Miea.

Dari pengamatan suami saya, kesemua kanak-kanak ini sangat aktif tetapi mereka tidak bergaduh, atau berebut.

Bila tiba masa untuk menonton TV, Si Kakak mengeluarkan 4 cerita DVD untuk dipilih. Miea & Si Adik (Irwin) pilih DVD berlainan. Bagi mengelakkan bergaduh, dengan penuh diplomatik, Si Abang bertanya, 'Nak tonton yang mana dulu?' Miea seronok sungguh kerana dia dapat menonton kedua-duanya sekali. Semua ini dilakukan tanpa berebut! Kesemua kanak-kanak ini bermain dengan aktif, gembira, sopan dan tidak berebut antara satu-sama lain.

Suami saya bercerita dengan penuh semangat malam itu bila saya pulang. 'Anak kita tak pernah sesopan itu, Sayang,' katanya. 'Miea tak dimarah atau ditolak tepi. Tetapi dia disambut sebagai ahli baru yang juga mempunyai pendapat. Walaupun dia yang paling kecil.'

Benarlah tanggapan saya selama hari ini:
1. Mengajar anak bersopan, menghormati orang perlu dilakukan oleh ibubapa.

2. Bila nilai-nilai yang ingin kita terapkan dalam anak-anak sudah sebati, mereka akan menuju ke sekolah, tadika dan sebagainya dengan membawa perangai ini tidak akan terpengaruh dengan orang lain. Yang paling penting ialah waktu kita terapkan perangai ini, dia perlu dikelilingi dengan orang yang berperangai baik. Saya telah mengenali keluarga ini sebelum Si Kakak masuk sekolah rendah lagi.

3. Sekiranya kita melihat anak kita bagai ingin tersasar, kita sebagai ibubapanya bertanggungjawab untuk membetulkan dengan lembut tapi tegas.

4. Bila kita kelilingi anak kita dengan orang yang berperangai baik, dia akan menjadi baik. Begitu juga sebaliknya. Jika kita tidak dapat berjumpa dengan orang yang berperangai elok? Jika waktu itu dia masih kecil, jauhkan dari orang itu. Cari jalan sehingga jumpa. Tak pun, biar saja dia dengan kita. Jangan merungut jika anak kita berperangai buruk kalau kita tidak pernah melakukan apa-apa untuk membetulkan keadaan ini.

5. Makin anak kita besar, makin kuatlah sepatutnya kita memerhatikan mereka supaya mereka tidak tersasar. Tetapi, perhatikan dari jauh. Kalau semuanya kita nak masuk campur, tak membesar pula anak itu.

6. Di meja makan malamlah waktu paling sesuai untuk mengetahui cerita anak-anak kita semasa kita jauh dari mereka. Jadi, cari jalan untuk makan malam bersama...setidak-tidaknya setiap hujung minggu

Terima kasih, Hiza Kahar & Indera Saifullah kerana anak-anak anda adalah contoh yang baik untuk Miea saya 





(Gambar Hiasan)
Kids Sharing 

A PROMISE IS A PROMISE...

Yesterday, Miea followed Mama to do some research in Kuala Selangor. After Mama was done, Miea asked to play at the playground but the playground was not safe because it was not yet completed. So, Mama promised to take her to a playground near the house when we got home, after Maghrib prayers.

Once home, Mama totally forgot about the promise and went about Mama's business. After printing somethings at the printing shop, Mama asked Miea if she wanted dinner and she said, 'I want playground' and she looked squarely at both Mama and Daddy and said, 'You pwomised.'

So, we went to KFC playground where she managed to have her dinner and play at the same time. She was so happy that we fulfilled our promise that she ate all her dinner excitedly, played hard and came home, singing

Mama learned that no matter how busy Mama gets, a promise is a promise.

TAPI...ANAK KITA CUCU DIA JUGA...

By: Ibu Rose (Family Guru)

Kali ini mesej ibu pada ibu dan bapa yang menghadapi cabaran dengan ibu bapa sendiri atau mertua mengenai pendidikan anak anda. Satu perkataan yang ibu nak bawa ke tengah ni. Perkataan ni mudah jer, tapi nak buat nya perlu iman dan kasih-sayang yang tebal. Perkataannya

S A B A R

Ibu bapa dan mertua sering campur tangan dalam kebanyakan hal kerana mereka juga sayang sangat dengan cucu. Rasa tak harap tu masih tebal dan ada yang kurang bijak mengendalikan. Oleh itu kita yang sedar ni, perlu sabar dan tunjukkan akhlak yang mulia. Nanti ibu bagi tips macamana nak buat.

Malam ni sebelum tidur, bacakan Al-Fatihah dan minta sampaikan kepada mereka supaya hati mereka tenang, penuh keyakinan dengan anda dan boleh bertolok ansur.

Kadang-kadang sebagai nenek, ibu kena menahan diri daripada terlalu banyak masuk campur dengan cara anak-anak ibu membesarkan anak-anak mereka. Ibu akan puji yang baik dan yang kurang setuju, ibu akan bertanya apa rasional mereka. Kadang-kadang banyak juga yang ibu belajar daripada anak-anak ibu.

Ibu suka menantu perempuan ibu, selalu bertanya itu dan ini mengenai apa yang baik untuk anaknya. Setiap kali ibu beri pandangan, tak putus ucapan terima kasih daripada mulutnye. Sebagai ibu mertua, ibu rasa dihormati dan dianggap penting olehnya.

Menantu lelaki tidaklah selalu bertanya, kerana perbualan ibu lebih dengan isteri mereka, anak-anak ibu.

Bila seorang anak bertanya dengan baik apa tah lagi jika menantu tentang petua itu dan ini, bagi ibu yang sudah bermenantukan tiga orang ni, rasa sangat dihormati dan dikasihi.

Semoga Allah mentautkan hati-hati kita dengan kasih-sayang yang hakiki. Semoga kita dapat menerima baik pandangan satu sama lain dan memberi ruang untuk membina satu sama lain.





 (Gambar Hiasan)

Source: Family Guru

CUCU BUKAN ANAK KITA...

By: Ibu Rose (Family Guru)




Maaf ya, rasanya perkara ini perlu dibawa ketengah buat peringatan kita yang mungkin terlupa...

Wahai ibu bapa, nenek kepada cucu, berilah ruang untuk ibu dan bapa kepada cucu anda mendidik dan menjaga cucu anda.

Memanglah kita ni makan garam dulu dan lebih berpengalaman, namun, kita dulu macam mereka juga, kurang tahu terutamannya bila beranak sulung. Bingung juga : )

Jika mereka nampak tidak bijak, ajarlah dengan baik. Beri penjelasan dengan baik. Janganlah dikutuk siibu atau si bapa muda itu. Janganlah dipaksa suruh jangan bagi susu badanlah, itu dan ini. Kita beri mereka maklumat mana yang baik dan mana yang buruk, biarkanlah mereka membuat pilihan. Jika salah sangat merbahaya barulah ambil langkah. Contohnya, sebab tak tahu, ibu bapa muda bawa anak berjalan di luar masa maghrib. Maka elok ditegur dan beri penjelasan bukan buat seperti mereka itu terlampau dungu. Macamanalah mereka nak menghormati kita yang dah tua ni.

Apa-apa pun janganlah meminta anak mereka untuk kita jaga dan terpisah dari mereka kecualilah jika mereka meminta kita melakukannya. Jangan rampas masa keemasan mereka. Masa kita tuhan dah beri. Berilah mereka nikmat menjaga anak-anak mereka.

Ketahuilah, bila kita meminta kepada anak kita, dia akan jadi serba salah. Apatah lagi menantu.

Jika kita sayangkan cucu kita, biarkan dia membina pertalian rapat dengan ibu bapa nya. Biar dia mesra dengan ibu bapanya. Jauhi racuni pemikiran cucu kita terhadap ibu atau bapanya. Tidak ada siapa yang untung bila ini berlaku.

Kita orang tua ni mestilah menunjukkan contoh yang baik, menjadi tempat mereka merujuk kerana mereka dapat menilai kebijaksanaan kita dan kesabaran kita serta ketinggian akhlak kita.

Itulah peranan kita yang telah bergelar datuk dan nenek ni
: )

Pesanan nenek kepada 3 cucu yang comel-comel.


(Gambar Hiasan)

Source:Cucu Bukan Anak Kita... 

HUKUMAN DAN ANAK-ANAK KECIL DI BAWAH 2 TAHUN?

By: Ibu Rose (Family Guru)

Adakalanya anak-anak akan melakukan perkara yang kita tidak suka. Contohnya, menggunakan perkataan yang tidak baik. Maka kita hendak dia tahu, perkataan itu tidak elok dan jangan digunakan.

Pertama, jika anak itu di bawah dua tahu dan dia mengeluarkan perkataan yang tidak baik.

-Pertama, anda sebagai ibu atau bapa perlu kaji daripada dia mendapat perkataan itu.

-Kedua, jauhkan dari orang atau sumber perkataan itu. Jika itu adalah dari anda atau pasangan.

Then you must stop using those words.What apply to you kids must apply to you and your spouse. Tapi bila pasangan tidak mahu berhenti. Maka ibu minta maaf, I cannot say anything anymore selain daripada pujuk dan bawalah berbincang.

_Ketiga, boleh menerangkan kepada anak itu, namun janganlah menyangka dia terus faham. Anda perlu ulangkan, perlu tunjukkan dan semasa dia mengeluarkan perkataan itu, take you finger and say and show, NO, but lovingly and then say YES, say this, Yes, say This Yes, Say this.

Contoh ; the child said, ' Bangang' or any bad word- then you take you finger(jari telunjuk and put to her mouth and say NO, that is not a good word to use. Then you say and ask her to repeat. I am a good girl, I say good words - I say to my mama good words. I don't call my mama stupid. What are you doing to your child, you are getting her to understand the concept of what are good words and bad words and speak with good purpose.

Hukuman seperti kurung dalam bilik, tak bagi makan, cili mulut or beating will not help make them understand their wrong word usage positively. Yes, they will stop but at what price?

That is why I always say this, Parenting Needs Wisdom.


Source: Family Guru

Ooops.. MY CHILD LOVES TO SCRIBBLE ON WALLS! - HELP!!!

Ooops.. MY CHILD LOVES TO SCRIBBLE ON WALLS! - Help!
- Advice from Prof Dr Rozieta Shaary – Asian #1 Parent Expert and Coach

A number of children love drawing on paper or books. However, there are selected few who do not find satisfaction from just drawing on paper, they just cannot resist scribbling on walls. Even though we have given them lots of papers, they still desire to scribble on walls. It's as though they can only find satisfaction after marking the walls with their 'masterpieces'.

When I was in England with my young children, social workers would come and visit from time to time. They always gave valuable tips and suggestions on how to raise a child. One of the tips they shared was how to control a child who loves to draw on walls.

They shared that it was very important not to stop these children from scribbling on walls as they are in deep self reflection. Usually, children who are highly visual and artistic love to do this. This is usually temporary and a phase of their motorskills development. What you can do is to paste large pieces of paper on your walls and allow him to draw, scribble and doodle all he wants. You'll just need to replace the paper when it's full. Remember, this is only a short temporary phase. If you prohibit it totally, your child will feel dissatisfied and will harbour some form of resentment in his heart.

This is a photo of my eldest grandchild. Her mother is smart to harness her child's self-believe and self-esteem. This is just a temporary phase and would last between 3-4 months. Now this sweet little girl loves to paint on paper!

Adapted and translated from Ibu Rose

Credit: http://on.fb.me/16tPwcD 




INGAT KEBAIKAN IBUBAPA KITA

 On 21st March 2013:

By: Ibu Rose (Family Guru)

Salam semua,

Dalam kita membesarkan anak-anak kita, ingatlah kebaikan ibu bapa kita membesarkan kita. Buat baik kepada mereka. Jangan sekali-kali memburuk-burukkan atau mengumpat ibu bapa kita.

Tidak mengapa tidak setuju dengan cara atau pandangan mereka, terutama semasa membesarkan kita. Namun, jangan mengeji mereka. Terutama, jika kita telah dibesarkan dengan baik, penuh kasih sayang, tidak pernah merempat dan segala kebaijikan kita dijaga.

Dengan kita berakhlak mulia terhadap ibu bapa kita, anak- anak kita juga akan mudah mendengar cakap dan berakhlak mulia terhadap kita.

Semoga Allah, menggolongkan kita ke dalam golongan anak dan ibu @ bapa yang berhati mulia.

Love- Ibu Rose


Source: Family Guru

KISAH MENGAJAR ANAK SIKAP HORMAT

On 16 March 2013:

Kisah Mengajar Anak Sikap Hormat:

Untuk menanam perasaan hormat, kami mengajar anak kami untuk bersalam sambil menundukkan kepala kepada orang tua. Semua di dalam keluarga suami saya diajar sebegitu. Selepas kahwin, saya terkejut bila ipar duai saya bersalaman sambil menundukkan kepala kepada saya (sebab saya menantu paling baru dan paling muda tapi saya kahwin dengan abang yang paling sulung). Jadi bila anak sudah boleh diajar bersalam, kami ajarnya benda yang sama.

Caranya sangat senang: Saya dan suami akan bersalam dulu, baru anak salam. Konsep yang kami terapkan; 'monkey see, monkey do.' Dalam masa sekejap saja, dia belajar untuk tangkap perbuatan ini. Kami sungguh seronok!

Baru-baru ini, dia enggan bersalam nenek dan datuknya. Malah juga menengking dan marah-marah. Hilang semua perangai comel yang suka bersalam, hormat orang tua ini. Umurnya? 2 tahun. Pening kepala saya dan suami. Kami tidak pernah mengajarnya berkelakuan begini. Malah, kami tidak pernah menunjukkan perangai begini kepada orang tua kami. Mana silapnya?

Bila berbincang dengan suami, kami dapati, dia mula banyak bergaul dengan salah seorang anak buah saya yang umurnya agak besar. Cara didikan saya dan cara didikan ibubapa budak itu berbeza. Anaknya memang tidak diajar bersalam, malah beberapa kali saya melihat dia memarahi ibubapanya tanpa ditegur. Anak saya pula melihat perbuatan itu dan secara tidak sedar, dia meniru perbuatan yang kurang baik itu. 'Monkey see, monkey do.'

Pening kepala saya. Takkan nak tegur budak itu? Dia pun kecil lagi. Nak ditegur ibubapanya, kalau mereka tak rasa perbuatan anak mereka tak salah, kita nak buat macam mana? Lagipun ahli keluarga sendiri. Dia dulu ada anak dari kita, kalau tegur nanti takut bergaduh pula. Tapi kami tahu, selagi anak kami bergaul dengan budak itu, lagi banyak lah perangai yang kami tak suka akan melekat pada anak kami.

Jadi, kami berbincang dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari berjumpa dengan keluarga itu buat sementara waktu. Kami detoxkan semua perangai yang kurang baik itu dari sistem anak kami.

Setiap kali dia minta apa-apa, dengan nada lembut, saya akan tanya, 'minta macam mana?' dan mengajarnya untuk meminta begini:

'Mama/Daddy, Miea nak makan nasi/tengok tv/main basikal etc, boleh tak?' dan minta dia ikut dengan nada yang sama.

Mula-mula dia tak mahu. Kemudian saya peluk dan cium dan katakan bahawa dia budak baik dan ulangi cara permintaan yang saya ajarkan. Sekarang, setiap kali dia minta apa-apa, secara automatik dia akan minta dengan lembut, diikuti dengan ucapan terima kasih bila dia dapat apa yang diminta.

Kami juga ajarnya untuk bersalam dengan kami semula dengan cara main game. Bila dia datang dari dapur ke ruang tamu, Daddynya akan ajak dia bersalam. Setiap hari dalam seminggu kami main game ini.

Alhamdulillah, hari ini bila dia berjumpa dengan nenek dan atuknya, dengan segera dia pergi bersalam dan tunduk kepalanya. Tiada lagi sikap tidak menghormati orang tua dan suasana di rumah mertua saya yang penuh dengan ahli keluarga ceria semula bila dia bermain tanpa marah-marah. Kami sebagai ibu bapa lega lembali.

Yang dipelajari:
1. Bila ada prinsip nak diajar pada anak, sentiasa ingat prinsip itu.
2. Anak antara umur 0 - 5 tahun ibarat 'sponge' yang akan cepat absorb persekitarannya.
3. Jika ternampak orang disekitar anak kita melakukan perkara bertentang dengan apa yang ingin diterapkan, jauhkan dia dari orang itu sehingga apa yang ingin kita ajar pada anak kita telah sebati dalam dirinya. Walaupun orang itu adalah ahli keluarga kita sendiri.
4. Sentiasalah berbincang dengan pasangan kita supaya ada check n balance dalam mendidik anak.
5. Dekatkan diri kita dengan ibubapa kita. Walaupun pada kita, cara didikan mereka ketinggalan zaman, mereka terlebih dulu menjadi ibubapa. Dengar pengalaman mereka membesarkan kita. Mana tahu, ada yang boleh digunakan untuk anak kita. Setidak-tidaknya, ia akan mengajar anak kita untuk hormat ibubapa kita pula.


Source: Family Guru

SEMBAHYANG

On 10 January 2013

Sejuk hati ibu bila anak menangis-nangis nak sembahyang tiap2 waktu (n bila belum masuk waktu ^o^)


AYAM MAKAN AYAM?!

On 12 December 2012:

Miea visit kampung cousin dia kat Lenggong. Then dia terdengar bunyi ayam.
 



(Gambar Hiasan)



Miea: Mama...kokokok (referring to bunyi ayam)
Mama: Haah la Miea...ada kokokok
Miea: Mama...kokokok makan apa?
Mama: Jagunder (jagung)
Miea: Tak la mama...kokokok makan ayam

I GET HER CUTENESS TOO...

On 18 October 2012:

My sister was talking to her daughter about Miea...

Me: Az-Zahraa, why are you so cute & pretty?
Az-Zahraa: Mama, you know about... Baby Miea... and her cuteness... When I play with her, I get her cuteness too!



 (Gambar hiasan)

Source: Kissing Babies

NO ONE BULLIES ME!!!

On 23rd July 2012:

Miea stood up to a bully yesterday. The bully was 4 years old. She's 1 1/2. He's tall and she's so tiny, she had to look up to him. Not only that she stood up to the bully, she fought back. I wonder if it's because of the new Tiger outfit that we bought her recently...


(Gambar Hiasan)
Source: Tigger Outfit